Logik pemikiran Holmesian (atau Sherlockian) Sherlock Holmes

"Barangan kepunyaan Holmes" di Muzium Sherlock Holmes di bandar London.

"Daripada setitik air", Holmes menulis dalam suatu esei yang diterangkan dalam A Study in Scarlet, "seorang logis boleh membuat inferens kemungkinan suatu Atlantik atau suatu Niagara tanpa melihat atau mendengar satu atau yang lainnya." Cerita Holmes sering bermula dengan tonjolan bravura bakat Holmes untuk "taakulan deduktif". Ia menarik perhatian pemikir logik dan mereka yang berminat dengannya untuk cuba membuat analisa mengenai kelakukan Holmes semasa beliau membuat deduksi. Pemikiran Holmesian (istilah British, Rakyat Amerika juga menggunakan istilah "Sherlockian") dilihat sebagai merangkumi pembuatan inferans berdasarkan prinsip praktikal yang jelas yang merupakan hasil kajian mendalam (sebagai contoh kajian Holmes mengenai jenis-jenis habuk rokok berlainan) atau inferans pada keterangan yang paling baik pertamanya. Pada tahun 2002 Holmes dianugerahkan dengan status orang kehormat Royal Society of Chemistry iaitu satu-satunya watak fiksional untuk mendapat status berkenaan kerana sumbangannya kepada penyiasatan forensik.

Prinsip-prinsip

Prinsip Holmes yang digunakan olehnya bersifat nyata dan terang, dan secara amnya berbentuk "Jika 'p', maka 'q'," dimana 'p' adalah bukti yang diperhatikan manakalah 'q' adalah apa yang bukti menyatakan. Tetapi terdapat juga, sebagaimana seorang boleh perhati dalam contoh berikutnya ini, keseringan prinsip yang serderhana susahnya. Dalam "A Scandal in Bohemia" Holmes membuat deduksi bahawa Watson telah makin basah kebelakangan ini dan menyatakan bahawa dia punyai "seorang gaji gadis muda yang sungguh kekok dan cuai." Apabila Watson menyatakan rasa terkejut beliau dan menanya Holmes bagaimana dia mengetahui ini, Holmes menjawab:

"Ia mudah dengan sendirinya... Mata saya memberitahu saya bahawa dalam bahagian dalam kasut kiri anda yang diterangi api tempat pendiangan, kulit dijaringkan oleh enam luka yang hampir selari. Sudah tentunya ia dilakukan seorang yang telah secara cuainya mengkikis pusingan pinggiran tapak kasut untuk membuang lumpur yang telah keras daripadanya. Maka, anda lihat, deduksi dua ganda saya yang anda telah keluar dalam keadaan cuaca yang buruk dan anda mempunyai pembantu rumah wanita hasad iaitu memang merupakan keperibadian kebanyakan pembantu rumah London."

Dalam kes ini, kita boleh berkata bahawa Holmes telah mengunapakai beberapa prinsip-prinsip saling berkait seperti ini:

  • Jika kuli di bahagian tepi kasut dikikis dengan beberapa luka sehaluan, ia telah dilakukan seorang yang mengikisnya untuk membuang lumpur yang telah keras.
  • Jika kasut seorang doktor abad ke-19 telah dikikis untuk membuang lumpur, maka orang yang telah melakukannya merupakan gadis pembantu rumah beliau.
  • Jika seorang memotong kasut semasa mengikis ia untuk membuang lumpur, maka orang itu amatlah kekok dan cuai.
  • Jika sepasang kasut seseorang itu mempunyai lumpur yang telah mengeras pada tapaknya, maka orang demikian telah keluar dalam cuaca buruk.

Dengan mengaplikasikan prinsip-prinsip sebegini dalam suatu cara yang nyata (iaitu menggunakan aplikasi modus ponens secara berulang-kali), Holmes boleh membuat inferans daripada

'p': Bahagian-bahagian tepi kasut Watson terkikis dengan beberapa luka sehaluan.

pada

'q1': Gadis gaji Watson kekok dan cuai.

dan

'q2': Watson amat basah kebelakangan ini dan ini disebabkan beliau keluar dalam keadaan cuaca buruk.

Tetapi mungkin Holmes tidak memberi penerangan yang wajar, — apapun, Holmes mungkin sedar akan laku gadis pembantu rumah Watson. Watson juga merupakan doktor, masakan dia tidak perlu untuk keluar dalam keadaan cuaca buruk.

Dalam situasi deduksi lain Holmes, ia lebih susah untuk mendasarkan inferans yang dibuat olehnya sebagai deduksi yang mengunapakai prinsip-prinsip am, dan para ahli logik dan saintis akan secara langsung mengenali cara yang digunakan sebagai "taakulan induktif" iaitu suatu secara khususnya merupakan "argumentasi penerangan terbaik" atau, dalam istilah Charles S. Peirce, "penculikan". Akan tetapi, rujukan cara sebegini sebagai deduksi oleh Holmes adalah berkemungkinan. Dalam beberapa cerita, Holmes telah dikatakan tidak mengetahui apa-apa mengenai falsafah, walaupun beliau telah memetik Thomas Caryle.

Situasi-situasi dimana Holmes menggunakan deduksi lazimnya adalah yang dia telah mengumpulkan amaun bukti yang besar, mengeluarkan beberapa penerangan mengenai bukti-bukti yang ditemui, dan kemudian mengarap penerangan yang paling nyata megenai kesemua bukti yang telah terkumpul. Sebagai contoh dalam The Sign of Four, seorang lelaki ditemui mati dalam biliknya, dengan senyuman mengerikan atas mukanya, dan penyebab pembunuhan yang tidak terus pasti pada masa dia ditemui. Daripada maklumat latar belakang yang diperolehnya bersama dengan bukti yang dikumpulkan di dan di sekitar tempat kejadian jenayah, Holmes dapat membuat inferans yang pembunuh bukanlah seorang yang telah ditahan oleh Scotland Yard mengenai kejadian itu (dengan setiap daripadanya punyai penerangan alternatif tersendiri), tetapi seorang yang lain. Sebagaimana Holmes sendiri berucap dalam cerita berkenaan, "Berapa kali saya memberitahu anda bahawa apabila yang tidak mungkin diketepikan, apa yang tinggal, bagaimana mustahil, mestilah kebenarannya?" Kata ini telah memasuki budaya popular Barat sebagai catchphase. Ia juga muncul dalam cerita-cerita Dirk Gently karya Douglas Adams dimana penyiasat menggunakan kata bertentangan, "disebabkan kita mengetahui sangat banyak mengenai apa yang mustahil, tetapi sangat sedikit mengenai yang mungkin".

Dalam contoh yang kedua, pada hakikatnya, penyelesaikan jenayah itu oleh Holmes berdasarkan kedua-dua aplikasi prinsip-prinsip am dan argumentasi pada penerangan yang paling mungkin.

Maka kejayaan Holmes dalam jenis deduksinya adalah berdasarkan penguasaannya terhadap kedua-dua bidang pengetahuan khusus seperti tapak kaki, habuk rokok, jenis racun, dimana dia gunakan untuk membuat kesimpulan inferans mudah, dan kebolehan mengarah dan membebani penerangan-penarangan yang saling bercanggah badan bukti. Holmes juga bagus dalam mengumpulkan bukti melalui pemerhatian, disamping mengenaipasti dan mengikut pergerakan pelaku jenayah di bandar London dan persekitarannya (untuk membuahkan bukti yang lebih banyak) iaitu kepakaran yang tidak berkait dengan deduksi secara sendirinya, tetapi berkait semua dengan premis untuk deduksi Holmesian khusus. Tiga contoh deduksi Holmes mengenai cara hidup Owner adalah: jam poket lama Doktor Watson dalam The Sign of Four, kayu jalanan Doktor Mortimer dalam The Hound of the Baskervilles, dan topi Henry Baker dalam "The Adventure of the Blue Carbuncle".

Dalam cerita-cerita oleh Conan Doyle, Holmes sering komen bahawa kesimpulan logiknya adalah bersifat "elementary", dimana dia menanggap mereka sebagai mudah dan nyata. Dia juga merujuk kepada kawannya sebagai "my dear Watson". Tetapi, istilah terkenal, "Elementary, my dear Watson", tidak pernah muncul dalam mana-mana 60 karya Holmes yang ditulis Conan Doyle. Ia muncul pada penghujung filem 1929, The Return of Sherlock Holmes, iaitu filem bunyi Sherlock Holmes pertama, dan mungkin berpunca daripada penggunaannya oleh skrip yang ditulis Edith Meiser dalam siri radio The New Adventures of Sherlock Holmes.

Ia juga harus dinotakan bahawa stereotaip moden kita mengenai prosidur polis - seorang yang mencari bukti fizikal berbanding seorang yang mengaji keupayaan dan motif - berasal daripada Holmes.

Para pembaa cerita-cerita Sherlock Holmes sering terkejut dengan penemuan bahawa pengarangnya, Conal Doyle, merupakan seorang yang percaya kuat pada femomena paranormal, dan watak logikal dan skeptikal Holmes adalah bercanggah dengan perwatakannya sendiri dalam pelbagai cara.

Perkataan "Sherlock" telah memasuki bahasa Inggeris untuk makna penyiasat atau penyibuk. Ia juga sering digunakan sebagai slanga untuk menotakan kenyataan yang terang, seperti dalam fasa sarkastik "No kidding, Sherlock."

Ia adalah penting untuk menotakan juga yang, dalam deduksi Holmesian, ia penting untuk cuba menghampuskan kesemua kemungkinan lain, sebanyak mana yang mungkin. Ini memerlukan sedikit latihan sebelum boleh dicapai. Watson telah cuba sekali dalam pembikinan deduksi Holmesian, dan juga memperi penjelasannya tersendiri, akan tetapi gagal mengenalpasti kemungkinan sama yang lain, dan seterusnya salah dalam semua kali perlakukan.

Sherlock Holmes: Manusia atau Mesin?

Patung Sherlock Holmes di Meiringen, Switzerland.

"Amat ramai yang menggelarkannya sebagai mesin berbanding manusia." Watson mengatakan Holmes adalah "mesin kira kering", "kurang dalam simpati manusia sebagai beliau adalah unggul dalam perisikan", dan menyatakan yang "semua emosi... adalah terkutuk bagi mindanya yang sejuk, tepat, tetapi seimbang pula."

Dalam era Charles Babbage, Holmes mungkin telah ditulis sebagai komputer manusia. Dia melayani kesemua yang dijumpainya sebagai data, informasi untuk diintepretasi, dan tidak mengambil langkah tampa semua fakta. Seperti mesin, beliau tidak punyai kehidupan sosial dan juga seolah tidak makan mahupun tidur (kendatipun semasa beliau sakit).

Tetapi, ada komplikasi untuk teori ini. Walaupun satu komputer berkemungkinan mendapat idea untuk bertunang dengan seorang wanita untuk mendapat maklumat daripadanya, ia tidak boleh mengetahui cara melakukan ini (iaitu, memujuk wanita itu). Seorang komputer tidak akan menyamar atau berlakon sebagaimana Holmes lakukan. Dalam fakta, jika prinsip deduksi Holmes diatas dikira, ia merupakan logik yang terpencong. Sifat dwikutubnya, kebolehannya sebagai pemain dan penulis muzik, dan kesukaannya untuk menunjuk-nujuk sekali-sekala juga bertentangan dengan premis ini. Manakala "sifatnya yang berbangga dan sejuk sentiasa bertentangan... [pada] tepukan awam" dan "berpaling dengan rasa benci dari nama buruk popular" tetapi "untuk seketika beliau berhenti untuk menjadi sebuah mesin taakulan, dan dikhianati kasih sayang manusia untuk kekagumannya dan tepukan... daripada seorang kawan."

Sementara pengetahuan Holmes mengenai sains dan logik adalah perlu kepada sifat penyiasatan, ia seringkali pengetahuannya mengenai sifat manusia yang membawanya kepada penyelesaian. Sebagai contoh, satu komputer boleh membuat taakulan bagaimana suatu jenayah dilakukan, tetapi bukan mengapa. Untuk memahami motif, seseorang mesti memahami kemanusiaan.

Kira juga penglihatan Profesor John Sutherland dalam pengadilan moral Holmes (yang mungkin) dalam pengakhiran cerita "The Speckled Band".